Tuesday, October 11, 2011

Your Islam Sucks

Quoted from Harian Metro:

"Tiada Hak Bagi LGBT"

KUALA LUMPUR: “Budaya di negara ini sama sekali tidak menerima hak LBGT (lesbian, biseksual, gay dan transeksual), apatah lagi Islam kerana perbuatan itu amat bertentangan dengan agama,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.

Beliau berkata, hak yang diperjuangkan mereka tidak akan diiktiraf kerana negara masih berpaksikan ajaran Islam dan kegiatan itu amat bertentangan dengan syarak termasuk bercanggah dengan budaya negara ini.


Katanya, perkahwinan sesama jenis jelas berlawanan dengan sifat hakiki manusia dan gejala ini belum berlaku di negara, namun kerajaan tetap tegas berhubung isu berkenaan dan berharap semua pihak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara.

“Memang diakui, hak LBGT sudah mula diterima di negara barat yang berpendapat itu hak mereka. Namun, kita tidak seharusnya mengikut mereka kerana negara ini mengamalkan prinsip Islam, ia sama sekali tidak boleh diterima.


“Sedangkan pertukaran jantina pun tidak dibenarkan menerusi pendekatan undang-undang, apatah lagi menerima dan mengiktiraf hak perkahwinan sejenis yang jelas berlawanan dengan agama mahupun moral,” katanya pada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemahaman Kedudukan Islam di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).


Mengulas mengenai seminar berkenaan, Jamil berkata, tujuan seminar itu diadakan bagi memberi penerangan lebih khusus berhubung kedudukan Islam dan makna Islam dalam perlembagaan negara.

“Penerangan itu amat penting bagi memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa Islam digunakan sebagai cara hidup dan tanggapan Islam hanya digunakan dalam majlis rasmi adalah salah. Tanggapan itu perlu diperbetulkan.


“Saya berharap seminar ini dapat membentuk satu kefahaman yang konkrit berhubung Islam dan melihat maksud agama Islam dalam gambaran yang menyeluruh, sekali gus selaras dengan perlembagaan negara,” katanya.

----------------------------------------

No comments: